Saturday 28 January 2012

KEBAJIKAN ATLIT TERABAI

Rentetan daripada isu mengenai kebajikan atlit terabai memang sering terjadi di mana-mana sahaja lebih-lebih lagi bagi mereka yang pernah bergelar atlit negara. Kehidupan ini bagaikan ibarat putaran alam yang sering menghukum individu itu sendiri sedangkan individu tersebut pernah memberi sumbangan yang berharga buat negara. Tapi apa yang sebaliknya berlaku apabila individu tersebut tidak mendapat sebarang bantuan yang diperlukan apabila berada dalam keadaan kesusahan. 

Syazwana Marzuki
Zoom saya pada kali ini adalah berkaitan dengan seorang bekas atlit daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil dan bagi saya prestasi beliau dalam acara pecut 100m dan 200m boleh dibanggkan oleh kita semua kerana tidak ramai anak-anak muda yang mampu untuk berada di tempat beliau atas bakat dan pencapaian sukan yang diperolehi sepanjang berada di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Beliau yang dimaksudkan ialah Syazwana Marzuki anak kelahiran Alor Setar, Kedah. Akibat dibelenggu dengan masalah kecederaan pada lutut adik Syazwana, ini mengakibatkan beliau tidak dapat menjalani latihan secara intensif lagi bagi meningkatkan prestasi beliau dalam acara pecut dan hasil daripada kecederaan tersebut telah menyebabkan pihak Sekolah Sukan Bukit Jalili untuk memutuskan menghantar balik adik Syazwana ke kampung halaman dan secara tidak labgsung diberhentikan daripada program sekolah sukan. 

Adakah dengan tindakan menghantar balik adik Syazwana kembali ke kampung halaman adalah satu tindakan yang bijak? Ingin saya perkatakan di sini, pepatah melayu pernah berkata, "habis madu, sepah dibuang" dan begitu juga usaha kita apabila pernah mengharumkan nama negara namun apabila sampai satu tahap di mana atlit tersebut telah mengalami kecederaan menyebakan sumbangan dan usaha atlit selama ini seperti tidak dihargai akibat kebajikan atlit yang terabai. Adakah dalam perkara ini terlepas pandang dan siapakah yang harus bertanggungjawab mengenai isu tersebut? Sekiranya Sekolah Sukan Bukit Jalil, Majlis Sukan Negeri dan juga pihak di Majlis Sukan Negara tidak mampu untuk menyelesaikan isu ini, adalah tidak guna kita mempunyai infrastruktur sukan yang berataraf antarabangsa dan mempunyai Institut Sukan Negara (ISN) yang baik sedangkan atlit pecut kelahiran Kedah ini tidak terbela dengan sewajarnya atau dengan erti kata lain setimpal atas usaha beliau berikan kepada negara.

Adakah pihak pengurusan SSBJ, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri hanya mengambil tindakan apabila penderitaan adik Syazwana telah didedahkan dalam media eletronik dan mengambil sikap acuh tak acuh dengan mengatakan, "oh, ini perkara yang terpencil lagipun kami tak tahu yang Syawana telah kembali ke kampung halaman, ini menyukarkan kami untuk memantau perkembangan semasa adik Syazwana", begitulah ungkapan bagi mereka yang tidak bertanggungjawab dan sekiranya hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tidak kiralah atlit itu bukan di dalam golongan atlit elit, namun kebajikan harus diberi dengan sebaik mungkin dan setimpal dengan semua atlit-atlit terutamanya yang berada di bawah naungan MSN. Kita tidak ingin perkara seperti ini akan berlaku kepada atlit-atlit yang lain pula dan bagi pihak yang berwajib mereka harus peka dalam urusan hal ehwal atlit, sekiranya tidak mampu untuk melaksanakan tugas dengan baik, biarlah orang lain yang lebih berwibawa untuk memegang jawatan yang sepatutnya agar kebajikan atlit lebih terbela dan selamat. Bagi adik Syazwana, myathletezoom harapkan tabah untuk menghadapi dugaan ini dan kuatkan semangat untuk terus berjaya dalam hidup anda.

No comments:

Post a Comment