Saturday 7 January 2012

Rajasegram Ingin Menunjuk Kuasa Veto-nya?

S. Rajasegram 
Siapa Rajasegram yang sebenarnya, adakah dia Raja di dalam KOM menunjuk kuasanya untuk menghalang hasrat Datuk Danyal untuk bertanding dalam jawatan Presiden KOM bagi mencabar Datuk Shahidan Kassim? Rajasegram sepatutnya harus mencerminkan dirinya dulu jika ingin menghalang hasrat seseorang untuk bertanding atau mencabar jawatan KOM pada mesyuarat AGM akan datang. Ini ternyata sekali Rajasegram merupakan seorang yang tidak profesional dalam arena olahraga walaupun beliau sekarang sebagai seoarang setiausaha persatuan olahraga Johor dan apa yang perlu saya tekankan disini, sebelum beliau menghalang Datuk Danyal untuk bertanding bagi mencabar jawatan presiden KOM, dia haru sedar apakah sumbangan Rajasegram terhadap pembangun sukan dan atlit di negeri Johor sehingga setakat ini saya tidak nampak apa-apa sumbangan pembangunan atlit yang dibuat oleh beliau. 

Adakah Rajasegram mempunyai agenda tersendiri untuk menghalang hasrat Datuk Danyal untuk bertanding kerana beliau ingin merebut jawatan Presiden KOM juga atau beliau seorang yang gila kuasa? Rajasegram perlu berfikir secara lebih matang lagi mengenai isu kerana bagi saya beliau adalah boneka dalam KOM dan mempunyai pemikiran yang cetek dalam pucuk pimpinan KOM, tidakah beliau sedar bahawa pertandingan untuk merebut jawatan bagi presiden KOM boleh memberi impak  yang bermakna kepada kancah olahraga di negara kita dan tidak kah beliau sedar sehingga kini pucuk pimpinan KOM tidak mampu dan gagal memberi sebarang sumbangan dan pembangunan atlit yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Bagi saya Rajasegram perlu berundur saja daripada pucuk pimpinan KOM dan juga sebagai setiausah olahraga Johor, beliau seorang yang tidak profesional dan selalu membidas atlit apabila bersuara untuk membawa perubahan dalam arena olahraga di negara kita. 

Pada pendangan saya, sekiranya Datuk Danyal mampu mencabar Datuk Shahidan Kassim pada pemilihan untuk jawatan Presiden KOM ini merupakan satu kejayaan yang besar dan sebagai langkah awal untuk mengubah haluan dan merancang strategi pembangunan sukan olahraga di negara kita. Sehingga kini, seperti yang kita lihat Shahidan Kassim bukanlah calon yang sesuai dalam pucuk pimpinan KOM. Apa yang kita inginkan adalah seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai visi dan misi tersendiri untuk membangunkan sukan olahraga serta melahirkan lebih ramai atlit mampu memberi persaingan di peringkat di antarabangsa. 

Dalam pimpinan KOM kita tidak memerlukan orang yang hanya pandai berkata-kata (Rajasegram) sedangkan perkara yang realiti mereka tidak mampu untuk melihat dengan lebih jelas dan lebih terbuka. "Minda terbuka, pemikiran jelas"...

No comments:

Post a Comment