Sunday 5 February 2012

PRESIDEN KOM PERLU SEGERA BERUNDUR

Shahidan Kassim
Bagi menyelamatkan maruah olahraga negara pada tahun ini dan seterusnya, langkah drastik perlu dibuat dalam pucuk pimpinan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) pada masa kini jika ingin melihat sukan olahraga dapat bersinar kembali dan membawa atlit kehadapan dengan puncak kejayaan yang diinginkan. Senario pada masa kini sekiranya atlit kurang berjaya dalam sesuatu kejohanan atau tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan akan meletakkan kegagalan tersebut di bahu jurulatih, sedangkan jurulatih telah memberi resepi yang terbaik buat atlitnya dan lebih mememahami apa yang diperlukan oleh atlit masing-masing. Dalam perkara ini adalah tidak wajar jurulatih harus dipersalahkan sekiranya atlit gagal untuk menunjukkan prestasi yang sebenar, tetapi sebaliknya pihak yang harus diberi tanggungjawab yang sewajarnya ialah pucuk pimpinan itu sendiri dalam KOM. 

Presiden KOM perlulah bersifat profesional dan harus sedar sekiranya beliau tidak mampu untuk membawa hala tuju KOM dengan lebih baik, maka beliau perlu berundur secara terhormat daripada jawatan yang disandang oleh beliau ketika ini memberi peluang dan ruang kepada pucuk pimpinan baru agar sesuatu perubahan yang baru dapat dilaksanakan dengan mengembangkan idea dan misi untuk menentukan masa depan maruah olahraga negara. Presiden KOM juga seharusnya tidak perlu bersikap untuk mempertahankan diri sendiri kerana kepentingan jawatan semata-mata dan apa yang beliau harus fikirkan apakah sumbangan dan perubahan yang beliau telah lakukan dalam arena olahraga selama beliau memegang jawatan presiden KOM dan berapa ramaikah atlit pelapis dapat dilahirkan dalam program KOM itu sendiri? Sekiranya tiada MSN yang membantu, sudah tentu KOM hanyalah persatuan sukan yang tidak mampu melakukan apa-apa yang diharapkan dan yang lebih parah lagi hanya membazirkan wang rakyat untuk menghidupkan persatuan yang bermasalah tersebut. Apakah alasan-alasan presiden KOM iaitu Shahidan Kasim perlu berundur? antara aspek yang perlu kita fikirkan kenapa beliau perlu berundur adalah berdasarkan kepada beberapa perkara berikut:

  1. KOM dilihat tidak bersifat proaktif dalam melahirkan generasi atlit pada masa kini
  2. Visi dan Misi dalam KOM tidak begitu jelas
  3. Presiden KOM kurang berpengetahuan dalam pengurusan sukan (lebih kepada politik)
  4. Tiada inisiatif baru bagi mewujudkan program olahraga yang lebih teratur dan terancang
  5. Presiden KOM mempunyai banyak persatuan sukan untuk dipimpin
  6. Aspek pengurusan kewangan dalam KOM tidak cekap
  7. Lambat dalam membuat keputusan

KOM dilihat tidak bersifat proaktif dalam melahirkan generasi atlit pada masa kini, dan ini berlaku kerana kelibat presiden KOM itu sendiri dapat dilihat apabila beliau hanya muncul dua tahun sekali bagi menghangatkan suasana olahraga dimana beliau akan muncul hanya pada temasya Sukan Sea sahaja, dan apabila temasya tersebut muncul beliau cuba menunjukkan seolah-olah beliau adalah orang yang paling sibuk sekali dengan program dan perancangan olahraga sedangkan sebelum sukan Sea tiba beliau hilang entah kemana atau mungkin sibuk dengan hal kerja yang lain dan ini boleh menjejaskan tumpuan untuk memimpin KOM.

Atlit juga menjadi agak keliru kerana KOM sendiri tidak menetapkan misi dan visi nya dengan jelas, apa yang tahu misi sepanjang tahun adalah dipenuhi dengan krisis-krisis dalaman KOM yang perlu diselesaikan sedangkan persiapan dan perancangan atlit terabai atau tidak memberi fokus terhadap perancangan dan pembangunan atlit di bawah akar umbi lagi.

Masalah utama dalam KOM ialah melantik pucuk pimpinan KOM yang tidak berpengetahuan atau tidak mempunyai pengalaman dalam pengurusan KOM terutamanya dalam aspek pengurusan dan perancangan atlit. Apa yang berlaku dalam pucuk pimpinan KOM adalah lebih kapada bersifat politik. Ini ternyata bahawa presiden KOM adalah ahli politik dan barah politik tersebut telah dibawa oleh beliau dan diserap kedalam KOM. Sebagai contoh, sekiranya berlaku mana-mana sidang akhbar atau meraikan hari KOM para wartawan tidak akan lepad tangan untuk mendapat ganjaran atau wang ringgit (RM50 / RM100) dengan harapan melalui wang tersebut para wartawan dapat memberi komen yang positif mengenai KOM di akhbar-akhbar tempatan. Politik wang dalam KOM perlu dihandari kerana kita tidak ingin melihat atlit-atlit pula yang jadi mangsa akibat kelemahan dalam pimpinan KOM itu sendiri.

Cuba anda fikirkan bagi yang peminat olahraga negara, apakah inisiatif yang telah direncanakan olah Presiden KOM itu sendiri? Sehingga kini kita masih lagi tidak dapat melihat generasi atlit baru yang menyinar setaraf dengan atlit profesional yang lain. KOM harus sedar bahawa sampai bila mereka perlu bergantung dengan khidmat atlit-atlit lama seperti Lee Hup Wei (lompat tinggi), Roslinda (lombol bergalah) dan Norasheilla (400m lari berpagar) untuk membantu KOM dalam meraih pingat di sukan Sea?

Dalam banyak-banyak persatuan sukan di Malaysia, Presiden KOM adalah yang paling hero sekali kerana beliau memegang beberapa pucuk pimpinan sukan seperti ASUM, Petounge, Bola sepak perlis sedangkan tiada satu pun yang boleh dibanggakan dengan kejayaan yang cemerlang dalam pucuk pimpinan yang dipegang oleh Shahidan sendiri. Ini kerana kualiti pengurusan akan menjadi semakin rendah sekiranya seseorang tersebut begitu banyak persatuan sukan untuk dipimpin. Contohi seperti BAM (Nadzmi) walaupun ahli politik tetapi beliau bijak dalam pengurusan persatuan BAM dan hanya perlu fokus terhadapa sesebuah persatuan sukan sahaja untuk dipimpinan oleh beliau. Shahidan perlu mencontohi presiden persatuan sukan yang lain sekiranya beliau ingin terus kekal dalam KOM.


Aspek kewangan dalam KOM juga adalah agak kabur dan peruntukkan kewangan bagi program pembangunan atlit juga tidak jelas. Kemanakah wang wang tajaan oleh salah sebuah syarikat swasta iaitu OCTAGON yang bernila RM5 juta untuk program pembangunan atlit selama 10 tahun? adakah wang tersebut telah habis digunakan bagi membiayai aspek pengurus KOM sahaja? Ini menunjukkan bahawa program pembangunan atlit tidak akan tercapai sekiranya aspek pengurusan kewangan KOM yang tidak cekap dab dalam situasi sebegini presiden KOM adalah orang yang penting bagi memainkan peranannya untuk menentukan peruntukan dan keperluan kewangan sepanjang tahun. Oleh itu, pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang bijak menjalankan tugasnya bukan pemimpin sukan yang hanya pandai berkata apa-apa sedangkan perancangan dan program atlit tidak nampak buah hasilnya.

Sebagai seorang presiden KOM, Shaidan Kassim perlu bijak dalam membuat sebarang keputusan dan bertindak pantas. Sifat kepimpinan presiden KOM ternyata tidak menunjukkan minat beliau dalam pimpinan KOM ini terbukti apabila berlaku isu kes doping yang melibatkan atlit olahraga pada temasya sukan Sea di Indonesia lepas apabila dikatakan KOM lambat bertindak balas bagi membuat rayuan untuk ujian sampel-B doping atlit tersebut sedangkan rayuan dibuat adalah oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM). 

Secara tidak langsungnya, pucuk pimpinan KOM perlu dirombak dengan segera sekiranya ingin melihat olahraga negara kembali bersinar semula serta mampu melahirkan sebutir bintang yang dapat menyumbangkan pingat pada sukan Olimpik dan inilah destinasi yang perlu dilihat oleh KOM bukannya hanya meletak harapan pada kejohanan Sukan Sea atau Sukan Asia.


Gambar : Utusan Online / Kosmo 

No comments:

Post a Comment