Thursday 26 January 2012

Ketua Jurulatih Olahraga Negara Angkat Kaki

Harun Rashed
Krisis yang melanda dalam KOM terus melanda apabila dikhabarkan ketua jurulatih olahraga negara bakal meletak jawatan untuk meneruskan tugasnya pada tahun ini menurut akhbar tempatan. Beliau yang dimaksudkan ialah Harun Rashed dan telah melaksanakan tugas beliau sebagai ketua jurulatih negara selama tiga tahun dari tahun 2008 - 2011. Sebelum Harun Rashed, Hanapiah Nasir pernah mengalas tugas sebagai ketua jurulatih juga, namun meletak jawatan selepas tamatnya sukan Sea Korat pada tahun 2007.

Namun, apa yang ngin saya tekankkan disini mengapa perkara sebegini boleh berlaku? Sedangkan pembangunan olahraga kita masih lagi berada pada tahap yang begitu kritikal. Sekiranya betul Harun Rashed akan melatak jawatan sebagai ketua jurulatih olahraga negara, siapakah bakal pengantinya yang sanggup mengalas tugas yang berat dalam KOM. Ini sudah tentu akan memberi tamparan yang hebat bagi mereka yang hendak menjadi ketua jurulatih negara kerana yang pasti mereka tidak akan duduk diam dengan kritikan dan tekanan daripada pelbagai pihak.

Bagi saya, sekiranya ingin menjadi ketua jurulatih yang bijak, kita hendaklah mempunyai pendirian kita sendiri berlandaskan apa yang ingin kita lakukan berdasarkan falsafah diri masing-masing dan yang pasti bukanya tunduk dibawah arahan atau telunjuk pihak pengurusan KOM. Saya percaya sepanjang Harun Rashed memikul tugas beliau sebagai ketua jurulatih olahraga negara beliau telah melaksankan tugas dan tanggungjawab beliau dengan baik walaupun terdapat segelintir dikalangan jurulatih tempatan yang tidak senang duduk sepanjang beliau memikul tanggungjawab tersebut. Sebagai jurulatih beliau juga banyak berkorban masa dan tenaga untuk membawa atlit-atlitnya berlatih ke luar negara namun, dengan hasil usaha beliau tersebut telah ramai yang memandang sinis dengan apa yang dilakukan sedangangkan untuk kebaikan atlit itu sendiri juga.

Jadi, persoalannya disini adakah Harun Rashed meletak jawatan akibat tekanan yang dihadapi oleh beliau daripada pelbagai pihak atau prestasi anak didikan beliau pada temasya Sukan Sea di Indonesia lepas kurang memberangsangkan? Tapi yang pasti, diharapkan beliau dapat memikirkan keputusan beliau sebaik-baiknya sebelum meletak jawatan kerana itu bukan jalan penyelesaiannya.

No comments:

Post a Comment