Articles


ARTIKEL 1
PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH – KEPENTINGAN TERHADAP
KUALITI DAN KUANTITI

 Melalui kenyataan Pertubuhan Kanser Amerika, Persatuan Diabetes Amerika dan juga Institut Jantung Amerika menyatakan bahawa kepentingan terhadap kualiti pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah adalah amat penting terhadap pelajar untuk memperolehi kesihatan yang sihat serta mewujudkan suasana sosial yang positif dari segi kesejahteraan minda dan fizikal masyarakat.  Program Pendidikan Jasmani yang optima juga dapat mewujudkan gaya hidup yang sihat melalui penglibatan aktiviti fizikal dengan penuh komitmen.  Selain itu, perlaksanaan Pendidikan Jasmani dengan memberi kepentingan terhadap kualiti pengajaran juga dapat membersi kesan terhadap program kesihatan di sekolah dan secara tidak langsung dapat memberi kesan positif terhadap pelajar untuk mengatasi masalah penyakit seperti obesiti.  Penyakit obesiti yang melampau juga merupakan punca terhadap masalah kardiovaskular terutamanya bagi pelajar yang mengamalkan gaya hidup sedentari iaitu kurang melakukan aktiviti fizikal.  Mewujudkan langkah yang efektif bagi mengatasi masalah penyakit tersebut adalah merupakan peranan yang perlu dalam sistem Pendidikan Kesihatan pada masa kini.  Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan perlu bergerak dengan seiring demi membimbing pelajar dengan satu set ilmu yang lengkap untuk mencapai gaya hidup yang sihat dari segi minda dan fizikal.

Peranan Pendidikan Jasmani juga mempunyai kepentingannya dalam sistem pendidikan di sekolah bukan hanya kerana faktor fizikal, malah terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi kepentingan Pendidikan Jasmani terhadap pelajar dan juga masyarakat.  Melalui penyelidikan ini, perlaksanaan aktiviti Pendidikan jasmani secara kerap mampu memberi kesan positif terhadap kesihatan yang baik serta dapat menikmati hidup dengan cergas selain daripada mencegah masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes, masalah jantung dan penyakit-penyakit kanser yang lain.  Melalui penyelidikan terkini terhadap pengajaran Pendidikan Jasmani memerlukan penglibatan pelajar untuk menjalani aktiviti fizikal sekurang-kurangnya selama 60 minit setiap hari.  Kuantiti masa terhadap pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah merupakan satu faktor penting untuk mendapatkan keberkesanan pembelajaran dan penglibatan pelajar semasa melakukan aktiviti.  Pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah pada hari ini hanya memperuntukan masa pengajaran secara keseluruhannya lebih kurang 30 minit sahaja, dan ini adalah suatu perkara yang mustahil untuk melatih tahap kecergasan dan tahap kemahiran pelajar bagi mencapai objektif pengajaran Pendidikan Jasmani. 
  
 Dalam aspek pengajaran Pendidikan Jasmani juga perlu memberi tumpuan terhadap perlaksanaan aktiviti sederhana susah untuk melatih kecergasan fizikal pelajar.  Sekiranya tumpuan aktiviti ini tidak dilaksanakan sepenuhnya, maka masa pengajaran Pendidikan Jasmani hanyalah sia-sia sahaja kerana guru tidak menekankan aspek kualiti pengajaran Pendidikan Jasmani terhadap pelajarnya.  Perkara ini berlaku kerana, sering kali masa pengajaran Pendidikan Jasmani pelajar lebih banyak menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak memberi kesan terhadap aktiviti fizikal masing-masing seperti menunggu giliran untuk melakukan aktiviti dan juga mengambil masa yang lama untuk membentuk organisasi dalam kelas.  Oleh itu, kualiti pengajaran Pendidikan Jasmani tidak akan tercapai sekiranya masalah sebegini berlaku di sekolah-sekolah.  Guru perlulah bijak untuk melaksanakan aktiviti kelas dengan lebih terancang serta dapat menggunakan masa pengajaran yang ada dengan lebih efektif.

 Menurut National Association for Sport & Physical Education (NASPE) pula, kualiti program Pendidikan Jasmani yang tinggi perlu memberi penekanan terhadap aspek peningkatan kecergasan fizikal, mental dan hubungan sosial yang baik di kalangan kanak-kanak serta penekanan yang bersesuaian terhadap Pendidikan Kesihatan dan penilaian supaya kanak-kanak mampu dan dapat memahami kepentingan untuk menjaga kesihatan yang sihat serta mengekalkan kesejahteraan hidup yang lebih baik.  Untuk mencapai matlamat ini, terdapat beberapa cara bagi mewujudkan kualiti dalam Pendidikan Jasmani melalui beberapa kaedah serta memerlukan penglibatan yang menyeluruh daripada orang ramai untuk mempromosikan kesihatan yang sihat antaranya ialah mencadangkan semua sekolah menghasilkan dan melaksanakan perancangan progam pembangunan Kurikulum yang sama berlandaskan standard kebangsaan dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.  Selain itu, memberi pendedahan dan latihan terhadap guru Pendidikan Jasmani supaya mereka dapat menghasilkan penyelidikan dalam bidang pendidikan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada dan memberi peluang kepada guru agar mereka dapat meningkatkan kemahiran mereka secara profesional melalui mendekatkan diri dalam bidang teknologi pendidikan, menghasilkan program model Pendidikan Jasmani yang baru serta dapat menambahbaikan berkaitan dengan kaedah mengajar yang lebih berkesan.  Selain daripada aspek kuantiti Pendidikan Jasmani yang banyak memberi penekanan terhadap masa pengajaran latihan dan kemahiran, penekanan terhadap kualiti pengajaran juga perlu diambil kira melalui penyediaan kemudahan di tempat latihan dan juga sekolah seperti menyediakan peralatan yang bersesuian dengan aktiviti sama ada di dalam dewan mahupun di padang.  Ini kerana, kelengkapan alat kemahiran dapat membantu untuk meningkatkan kualiti pengajaran yang berkesan dan sekiranya pelajar-pelajar diberi dengan alat permainan yang tidak mencukupi dan yang tidak elok ini secara tidak langsung mampu mengganggu proses transformasi pembelajaran pelajar untuk menguasai sesuatu aktiviti kemahiran tertentu dan kesannya objektif pembelajaran tidak akan tercapai seperti yang terkandung dalam rancangan pengajaran.  Dalam program pembangunan kokurikulum Pendidikan Jasmani, bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan pelajar yang aktif dan sihat sepanjang masa mereka perlu digalakkan untuk menjalani aktiviti latihan fizikal pada tahap sederhana dengan kuantiti masa yang mencukupi agar kesan aktiviti yang dilakukan tersebut dapat memberi impak yang positif terhadap perubahan sistem fisiologi pelajar terutamnya dalam aspek kesihatan.  Bagi mencapai kualiti dalam pengajaran Pendidikan Jasmani, maka Pendidikan Jasmani ini perlu dielakkan daripada sebagai satu mata pelajaran yang tidak diberi keutamaannya kepada para pelajar dan memberi tempat terhadap mata pelajaran lain untuk mengganti Pendidikan Jasmani bagi tujuan menggantikan masa subjek lain.  Kesemua ini merupakan satu usaha dalam program kurikulum Pendidikan Jasmani sebagai salah satu langkah untuk membawa mata pelajaran ini ke tahap yang lebih berkualiti serta dapat memberi kesan pengajaran yang baik bagi mewujudkan generasi yang lebih peka dengan keperluan kesihatan dan kecergasan terhadap diri dan juga masyarakat.


KESIMPULAN

 Merujuk kepada artikel ini “Physical Education in Schools – Both Quality and Quantity are Important”, secara kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa peranan dan kosep Pedidikan Jasmani itu sendiri adalah amat penting dan perlu diterapkan ke dalam nilai atau gaya hidup masyarakat tidak kira sama golongan kanak-kanak, remaja, dewasa dan golongan tua.  Kesinambungan dalam artikel ini juga memberi satu gambaran yang lebih jelas kepada kita bahawa peranan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan merupaka satu perkaitan yang amat rapat untuk menghasilkan kehidupan yang lebih baik melalui penerapan aktiviti-aktiviti fizikal yang berlandaskan prinsip kecergasan dan kesihatan.  Oleh itu, setiap nilai pengajaran yang diterapan melalui Pendidikan Jasmani dan juga Pendidikan Kesihatan perlu mempunyai ciri-ciri satu pengajaran yang berkualiti dan pada masa yang sama kuantiti pengajaran dapat ditingkatkan melalui penambahan jenis-jenis aktiviti kemahiran dan penglibatan pelajar secara menyeluruh.  Kedua-dua aspek ini adalah amat penting bagi menjana satu transformasi atau perubahan terhadap sistem Pendidikan Jasmani di negara kita supaya ia dapat menjadi satu bentuk kokurikulum yang mempunyai nilai pengajaran yang amat berharga untuk dijadikan sebagai konsep pegangan hidup kepada pelajar mengamalkan aktiviti yang berteraskan kesihatan sepanjang usia.  Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani di masa akan datang, maka peranan dan tanggungjawab yang perlu diberi penekanan haruslah membawa kokurikulum Pendidikan Jasmani di sekolah nanti yang dapat memberi kesan pembelajaran kepada pelajar melalui pengajaran yang diberikan oleh guru dan pada masa yang sama dapat memberi kesan atau perubahan yang baik kepada pengajaran Pendidikan Jasmani dari segi kualiti dan kuantiti pengajaran di sekolah.


Sumber : Physical Education in Schools - Both Quality and Quantity are Important