Thursday 22 December 2011

Tiada alasan!!!

Jangan biarkan alasan untuk menutup kesilapan anda, kerana alasan hanya sekadar untuk melarikan diri daripada masalah yang kita timbulkan. Jangan guna alasan sekiranya anda gagal untuk melaksanakan sesuatu yang diperlukan dalam hidup anda kerana alasan itu adalah bayang-bayang dalam diri anda.  Jadi, mengapa kita terus harus mempersalahkan diri kita sendiri sedangkan kita telah melakukan yang terbaik dalam hidup kita? Mengapa orang ramai di luar sana tidak memahami segala pengorbanan yang telah diberikan oleh seseorang dengan semangat dan komitmen yang tinggi demi memperjuangkan hak mereka serta untuk meningkatkan lagi martabat sesorang demi kebaikan anda juga.  

Alasan bukan cara jalan penyelesaian yang baik untuk digunakan, yang terbaik adalah cuma buktikan keupayaan anda sebenar sehingga ketitisan peluh yang terakhir. Peluang bukannya hanya sekali, peluang itu berada di mana-mana sahaja jadi kita perlu bijak untuk mengambil peluang tersebut sebelum dirampas orang lain. Kejayaan yang dikecapi pada hari ini tak mungkin akan berterusan berada di puncak, kerana setiap pendakian gunung setinggi mana pun kita pasti akan menuruni puncak gunung tersebut. Seandainya kita gagal pada masa sekarang, tidak semestinya kita akan gagal pada hari esok, lusa dan seterusnya. Cuma orang yang gagal adalah orang yang tidak berusaha atau tidak ingin mencuba untuk bangkitan diri sendiri. Bangkitlah kesedaran jiwa, minda, dan fizikal anda supaya dapat mampu untuk berterusan bersaing dengan mereka di luar sana. Ingat, kita perlu jadi terhebat di antara yang terhebat!!!

Sunday 18 December 2011

Chong Wei Terkandas - Harapan Pingat Emas Olimpik 2012 Kian Pudar


Cabaran Datuk Lee Chong Wei terkulai untuk memburu kejuaraan Badminton Siri Super Dunia akhir 2011 apabila tersungkur kepada pemain no 3 dunia Chen Long pada peringkat separuh akhir. Chen Long yang ternyata memberi persembahan terbaik dan bermain secara agresif telah membantutkan cabaran Chong Wei untuk mara ke peringkat akhir dan harapan untuk bertemu dengan seteru utamanya iaitu Lin Dan tidak kesampaian.  Ini membuktikan bahawa China masih menguasai acara perseorangan badminton lelaki pada peringkat yang lebih competetif  walaupun bukan sebagai status pemian no 1 dunia.  Jadi persoalannya di sini, apa yang saya nak zoom adalah mengenai kemampuan Chong Wei untuk memburu pingat emas pertama pada sukan Olimpik london 2012 pada tahun hadapan. Adakah Chong Wei mampu memberi saingan yang hebat atau mungkin beliau akan bermain dalam keadaan tekanan yang tinggi sekiranya BAM, KBS, MSN dan juga peminat di tanah air mengharapkan Chong Wei mampu untuk membawa pulang sebutir pingat emas nanti sedangkan terdapat tembok besar China yang ternyata lebih kebal dan agak sukar untuk ditembusi oleh Chong Wei.  Jika dilihat secara mendalam, Chen Long boleh dikatakan sinar baru yang mampu memberi harapan kepada China untuk meneruskan tradisi mereka bagi menguasai acara perseorangan badminton dan malah dengan usia yang masih muda iaitu 22 tahun masih banyak lagi masa untuk Chen Long terus menyinar.  Tidak mustahillah kalau saya katakan bahawa Chen Long bakal melangkah ke peringkat akhir bagi acara perseorangan di sukan Olimpik London 2012 nanti.  Bagi prestasi Lin Dan, tidak banyak yang dapat diperkatakan terhadap prestasi beliua kerana saya ibaratkan Lin Dan sebagai sebutir Bom Jangka yang meletup pada masa-masa tertentu untuk memberi kejutan nanti. Jadi, persiapan rapi dari sekarang perlu dilakukan oleh Datuk Lee Chong Wei dan jurulatih perlu merangka program latihan dengan objektif terarah kepada pingat emas sukan Olimpik London 2012 nanti dan jangan terlalu memberi tekanan dan harapan yang tinggi terhadap Chong Wei kerana ia mampu menggangu mental beliau seperti di Olimpik Beijing 2008.

Friday 16 December 2011

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Perlu Teraju Baru - Harapan atau khayalan?

Siapa sangka air yang tenang akan sentiasa tenang, pokok yang goyang tidak akan tumbang, dan bukit yang tinggi tidak akan rata kecuali akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.  Begitu juga scenario dalam bidang sukan yang banyak dengan cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi oleh pemimpin-pemimpin sukan dalam sesebuah persatuan kebangsaaan.  Ok, apa yang kita nak zoom hari ini adalah mengenai padangan pengkritikkan sukan terkenal kita iaitu Profesor Dr Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim yang telah mencadangkan Datuk Karim untuk berundur secara terhormat daripada jawatan Timbalan Naib Presiden olahraga Malaysia dimana beliau berpendapat KOM lebih banyak menimbulkan masalah dalaman persatuan dan juga terhadap MSN. Jadi persoalannya disini kenapa ramai pihak di luar sana yang tidak senang hati dengan perancangan dan program yang diaturkan pihak KOM malah ramai yang membidas dengan memberi lemparan yang negatif terhadap imej KOM itu sendiri sedangkan secara amnya jika semua badan-badan kerajaan dan juga pengkritik-pengkritik sukan bersama bagi membantu mencari satu jalan penyelesaian yang bijak dan bukan untuk menjatuhkan persatuan sukan tersebut.  

Profesor Dr Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim

Apa yang ingin saya perkatakan disini adalah bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak, cuma ingin mempertikaikan cara dan konsep dalam membentuk persatuan sukan yang boleh melahirkan atlit yang berpontensi adalah tidak bertepatan dengan membudayakan sukan di negara kita.  Ya, saya setuju supaya KOM dengan segara untuk mempunyai peneraju baru, persoalannya disini siapakah yang sanggup mengganti di kerusi panas KOM tersebut, adakah Datuk Zolkples atau Tan Sri sendiri yang mahu mengganti Presiden dan Timbalan Presiden KOM bagi mewujudkan program olahraga yang lebih proaktif?  Bagi pihak KOM pula, mereka perlu mendengar dan menerima pendapat daripada pihak luar untuk kebaikan memperbaiki imej KOM dan bukannya hanya sekadar orang bercakap menggunakan mulut, dengar menggunakan telingga tetapi telinga disumbatkan dengan kapas.  Inilah masalah yang harus diberi perhatian sewajarnya.  Banyakan persolan, kurangkan krtikan, dan tingkatkan prestasi anda...zoommm

MSN - KOM Belum Sedia Berdamai?

Macam-macam telah kita dengar mengenai isu hangat yang melibatakan dua seteru utama di dalam kancah arena sukan negara kita iaitu melibatkan Majlis Sukan Negara dan juga Kesatuan Olahraga Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia, jadi apa yang kita nak Zoom di sini adalah mengenai ketidak sediaan pengarah MSN iaitu Datuk Zolkples belum sedia berjumpa Datuk Karim bagi memulihkan hubungan kedua-dua belah pihak.  Jika dilihat isu ini secara mendalam, saya berpendapat perkara ini tidak akan selesai sekiranya kedua belah pihak cuba menunjukkan ego masing-masing, malah tawaran Datuk K untuk berdamai dengan Datuk Z juga tidak mempunyai haluan yang sama bagi meredakan hubungan di antara kedua belah pihak tersebut.  Jadi salah siapa dan apakah sebabnya perkara ini tidak dapat diselesaikan dengan secara aman?  Bagi saya masing-masing mempunyai alasannya tersendiri kenapa perkara ini sentiasa berlanjutan malah untuk membentuk hubungan kerjasama bagi membangunkan karier atlit di negara kita juga kelihatan sentiasa terbantut akibat gara-gara pertelingkahan di antara MSN dan KOM.  Dari awal tahun 2011 dengan isu latihan atlit hinggalah ke tahap yang lebih kritikal yang membabitkan orang dalaman KOM dan MSN, jadi kemanakah hala tuju misi dan objektif sebenar MSN dan KOM untuk melahirkan atlit yang bertaraf internationale.  Seharusnya kedua belah pihak harus sedar dan bersedia untuk bekerjasama di antara satu sama yang lain, jangankan pula masalah di antara periuk dan belangga, senduk pulak yang jadi mangsanya.  Jadi mereka haru fokus dengan masa depan para atlit di negara kita dan bukan hanya pandai berkata-kata dengan lidah untuk membuktikan diri masing-masing adalah yang terhebat sedangkan perancangan dan program atlit entah kemana.  Disini saya tidak salahkan sapa-sapa dalam isu tersebut cuma, mereka perlu berfikir secara lebih terbuka dan perlu bersikap berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, bukan ego yang menguasai diri menyebabkan atlit jadi mangsanya.  Kalendar 2011 bakal melabuh tirainya tidak lama lagi, adakah isu ini akan berterusan di tahun yang akan datang, apa-apa pun kita zoommm...

Pogram 1Murid 1Sukan (1M1S) - Apakah peranannya?

Dasar 1 murid 1 sukan telah dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 9 Jun 2011 oleh Timbalan Perdana Menteri dan juga merangkap sebagai Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.  Jika dilihat dengan aspek yang lebih mendalam atau kita double zoom lagi, program sebegini sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa faedah atau kesannya kepada para pelajar di sekolah.  Mengapa saya bercakap begitu? ini kerana, pada peringkat awal pelajar sekolah perlu didedahkan dengan pelbagai perkembangan motor iaitu melibatkan pelbagai aspek lakuan motor yang melibatkan pergerakan badan.  Jika dasar ini dipraktikkan oleh seluruh pelajar di Malaysia saya pasti dalam masa 5 tahun akan datang negara kita akan mengalami masalah untuk melahirkan bakat sukan yang lebih profesional.  

Alasannya di sini kerana pada peringkat awal lah kita perlu membentuk dan melatih para pelajar terhadap unsur-unsur latihan multi-psikomotor learning iaitu mempelbagaikan pergerakan tubuh badan melaui ansur maju latihan yang dijalankan dengan menerapkan beberapa elemen atau konsep latihan yang lebih terbuka.  Sebagai contoh, jika dasar 1M1S ini telah memperuntukkan pelajar tingkatan 1 perlu fokus untuk bermain bola sepak, maka apa akan terjadi setelah setahun kemudian apabila pelajar ini telah didedahkan dengan aktiviti latihan atau permainan bola sepak sahaja dan ini sudah tentu akan memberi kesan yang mendatang apabila pelajar ini akan masuk ke tingkatan 2  dan didedahkan dengan aktiviti sukan yang lain pula untuk sepanjang tahun tersebut.  Konsep dasar 1M1S ini akan menyebabkan kecelaruan perkembangan fizikal pelajar untuk terus bersukan dan kesan jangka panjangnya akan menyebabkan negara kita ketandusan atlit yang profesional di peringkat antarabangsa dan mungkin boleh melupakan impian untuk mengapai pingat emas pertama di sukan Olimpik.  Satu lagi, saya agak kurang pasti dengan pelancaran program sebegini kerana pada peringkat awal ia dilancarkan memanglah hangat diperkatakan, namun adakah program ini akan berterusan di sekolah-sekolah dan sejauh manakah kita dapat melihat kejayaan pelajar-pelajar sekolah untuk menjadi atlit profesional di peringkat antarabangsa, namun yang pasti kita tunggu samada 5 atau 10 tahun akan datang kesan daripada program ini nanti. Apa-apa pun kita zoommmm...