Friday 27 January 2012

PEMIMPIN POLITIK SUKAN

Salam sejahtera buat sekalian peminat sukan...
Entri saya pada kali ini adalah berkaitan dengan pemimpin dan politik sukan dan mungkin yang ramai tertanya-tanya apakah kaitan topik tersebut iaitu mengenai pemimpin dan politik sukan ini? Persoalannya adalah mudah namun memerlukan banyak ungkapan dan pemahaman kita berkaitan dengan pemimpin dalam politik sukan di negara kita. Jika diteliti dan difahami dengan benar, pemimpin dan politik sukan ini boleh disama ertikan sebagai seseorang atau individu yang memainkan peranan penting dalam usaha mengembangkan dan meningkatkan martabat sukan di negara ke tahap yang lebih baik. Tapi sejauh manakah usaha dan tugas ini dapat dipikul dengan jelas dan  berkesan? Kerana terdapat dua perspektif yang berbeza mengenai pemimpin politik sukan ini iaitu yang pertama adalah mengenai pemimpin sukan yang betul-betul menjiwai arena sukan di tanah air dan yang kedua adalah pemimpin sukan yang hanya melaksanakan tugasan hariannya sekadar untuk mencari makan. 

Di-sini, saya ingin bertanya kepada peminat sukan sekalian mengenai pemimpin politik sukan ini, sejauh manakah anda mengenali pemimpin-pemimpin sukan di tempat anda tidak kira samada di peringkat negeri (Majlis Sukan Negeri) mahupun di peringkat kebangsaan (Majlis Sukan Negara / Kementerian Belia dan Sukan) yang benar-benar mempunyai jiwa dalam bidang sukan dan berkhidmat demi kemajuan sukan masing-masing. Fenomena yang berlaku pada masa kini boleh dianggap ramai dikalangan pemimpin atau pengarah sukan di negara ini melaksanakan tanggungjawab dengan hanya memenuhi bidang kerjaya masing-masing dan membuat perancangan dan penilaian sukan adalah berdasarkan memenuhi diskripsi tugas yang derencanakan. Semua orang boleh melaksanakan tugas sebagai pemimpin sukan, tapi pernahkah mereka terfikir sejauh manakah mereka memahami berkaitan dengan tugas yang disandang? Ini tidak mustahil sekiranya pengalaman dan kecekapan pengurusan dalam sesebuah organisasi sukan yang agak lemah dan hanya mementingkan jawatan masing-masing secara tidak langsung akan memberi impak yang negatif kepada perkembangan dan kemajuan sukan di negara kita.

Dato' Seri Ahmad Bin Said
Secara am-nya, apa yang diperlukan dalam usaha ini martabat sukan di negara kita perlu mempunyai seoarang pemimpin yang betul-betul dapat menjiwai sukan itu sendiri dan menyelami dengan penuh rasa berdedikasi dan serta mampu menyumbang tenaga dan masa individu tersebut melalui hubungan dua hala iaitu diantara atlit dan jurulatih atau pengurusan sukan dalam sesebuah persatuan sukan. Sebagai contoh terdekat yang boleh saya perkatakan di sini antara pemimpin yang betul-betul menjiwai minat dalam bidang sukan adalah Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Bin Said. Beliau merupakan Menteri dan pemimpin poltik yang mempunyai kewibawaan beliau tersendiri dalam merencanakan program dan aktiviti sukan sehingga mencapai kemajuan yang boleh dibanggakan dan patut dijadikan contoh oleh kesemua pemimpin politik sukan di kesemua negeri sekiranya ingin membawa perubahan dalam arena sukan di negeri masing-masing. Maka tidak mustahillah beliau mampu membawa Kontingen Sukma Terengganu pada 2008 dan 2010 memperolehi juara keseluruhan pada temasya sukan Malaysia dua tahun berturut-turut dan bukan itu saja atas usaha beliau yang prihatin dalam bidang sukan juga telah melahirkan ramai jaguh-jaguh anak tempatan terutamnya dalam acara berbasikal, perahu layar dan yang paling memberansangkan adalah membentuk dan memimpin pasukan bola sepak Terengganu sehingga disegani dan digeruni oelh pihak lawan. Perkara ini adalah amat jelas dan kita boleh membezakan pemimpin tersebut mempunyai jiwa dan semangat kesukanan yang memang telah tertanam di dalam diri beliau dan berani saya katakan di sini seandainya di beri peluang adalah amat bersesuaian jika beliau mampu menjadi Menteri Belia dan Sukan atau mengisi tempat di sebagai pengarah Majlis Sukan Negara. 

Demi kemajuan sukan di negara kita, apa yang diperlukan adalah pemimpin sukan yang dapat menjiwai serta memahami peranan dan sedia berkorban demi masa dan wang ringgit dengan tujuan untuk menyalurkan usaha seseorang tersebut dengan satu arah dan satu tumpuan satu matlamat dan satu objektif iaitu melahirkan atlit bertaraf antarabangsa. Bukannya pemimpin sukan yang hanya mempunyai agendanya tersendiri serta sibuk dengan pelbagai tugasan luar sehingga boleh mengabaikan kualiti pengurusan sukan di negara kita. Apa yang dirancang adalah lebih baik daripada apa usaha yang ingin kita lakukan untuk masa hadapan. Dulu ungkapan ini "Majulah Sukan untuk Negara" adalah tidak sesuai dalam konteks sukan di negara kita, apa yang penting sebelum sesebuah negara hendak mencapai kemajuan dalam bidang sukan terutamnya sasaran pingat emas olimpik pertama adalah lebih baik dengan menggunakan ungkapan ini, "Hindari Politik dalam Sukan, Tingkatkan Pretasi Pengurusan, Atlit Berjaya dan Rakyat Gembira" pingat emas olimpik pertama pasti dalam genggamman.

No comments:

Post a Comment