Saturday 28 January 2012

KEBAJIKAN ATLIT TERABAI

Rentetan daripada isu mengenai kebajikan atlit terabai memang sering terjadi di mana-mana sahaja lebih-lebih lagi bagi mereka yang pernah bergelar atlit negara. Kehidupan ini bagaikan ibarat putaran alam yang sering menghukum individu itu sendiri sedangkan individu tersebut pernah memberi sumbangan yang berharga buat negara. Tapi apa yang sebaliknya berlaku apabila individu tersebut tidak mendapat sebarang bantuan yang diperlukan apabila berada dalam keadaan kesusahan. 

Syazwana Marzuki
Zoom saya pada kali ini adalah berkaitan dengan seorang bekas atlit daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil dan bagi saya prestasi beliau dalam acara pecut 100m dan 200m boleh dibanggkan oleh kita semua kerana tidak ramai anak-anak muda yang mampu untuk berada di tempat beliau atas bakat dan pencapaian sukan yang diperolehi sepanjang berada di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Beliau yang dimaksudkan ialah Syazwana Marzuki anak kelahiran Alor Setar, Kedah. Akibat dibelenggu dengan masalah kecederaan pada lutut adik Syazwana, ini mengakibatkan beliau tidak dapat menjalani latihan secara intensif lagi bagi meningkatkan prestasi beliau dalam acara pecut dan hasil daripada kecederaan tersebut telah menyebabkan pihak Sekolah Sukan Bukit Jalili untuk memutuskan menghantar balik adik Syazwana ke kampung halaman dan secara tidak labgsung diberhentikan daripada program sekolah sukan. 

Adakah dengan tindakan menghantar balik adik Syazwana kembali ke kampung halaman adalah satu tindakan yang bijak? Ingin saya perkatakan di sini, pepatah melayu pernah berkata, "habis madu, sepah dibuang" dan begitu juga usaha kita apabila pernah mengharumkan nama negara namun apabila sampai satu tahap di mana atlit tersebut telah mengalami kecederaan menyebakan sumbangan dan usaha atlit selama ini seperti tidak dihargai akibat kebajikan atlit yang terabai. Adakah dalam perkara ini terlepas pandang dan siapakah yang harus bertanggungjawab mengenai isu tersebut? Sekiranya Sekolah Sukan Bukit Jalil, Majlis Sukan Negeri dan juga pihak di Majlis Sukan Negara tidak mampu untuk menyelesaikan isu ini, adalah tidak guna kita mempunyai infrastruktur sukan yang berataraf antarabangsa dan mempunyai Institut Sukan Negara (ISN) yang baik sedangkan atlit pecut kelahiran Kedah ini tidak terbela dengan sewajarnya atau dengan erti kata lain setimpal atas usaha beliau berikan kepada negara.

Adakah pihak pengurusan SSBJ, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri hanya mengambil tindakan apabila penderitaan adik Syazwana telah didedahkan dalam media eletronik dan mengambil sikap acuh tak acuh dengan mengatakan, "oh, ini perkara yang terpencil lagipun kami tak tahu yang Syawana telah kembali ke kampung halaman, ini menyukarkan kami untuk memantau perkembangan semasa adik Syazwana", begitulah ungkapan bagi mereka yang tidak bertanggungjawab dan sekiranya hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tidak kiralah atlit itu bukan di dalam golongan atlit elit, namun kebajikan harus diberi dengan sebaik mungkin dan setimpal dengan semua atlit-atlit terutamanya yang berada di bawah naungan MSN. Kita tidak ingin perkara seperti ini akan berlaku kepada atlit-atlit yang lain pula dan bagi pihak yang berwajib mereka harus peka dalam urusan hal ehwal atlit, sekiranya tidak mampu untuk melaksanakan tugas dengan baik, biarlah orang lain yang lebih berwibawa untuk memegang jawatan yang sepatutnya agar kebajikan atlit lebih terbela dan selamat. Bagi adik Syazwana, myathletezoom harapkan tabah untuk menghadapi dugaan ini dan kuatkan semangat untuk terus berjaya dalam hidup anda.

Friday 27 January 2012

PEMIMPIN POLITIK SUKAN

Salam sejahtera buat sekalian peminat sukan...
Entri saya pada kali ini adalah berkaitan dengan pemimpin dan politik sukan dan mungkin yang ramai tertanya-tanya apakah kaitan topik tersebut iaitu mengenai pemimpin dan politik sukan ini? Persoalannya adalah mudah namun memerlukan banyak ungkapan dan pemahaman kita berkaitan dengan pemimpin dalam politik sukan di negara kita. Jika diteliti dan difahami dengan benar, pemimpin dan politik sukan ini boleh disama ertikan sebagai seseorang atau individu yang memainkan peranan penting dalam usaha mengembangkan dan meningkatkan martabat sukan di negara ke tahap yang lebih baik. Tapi sejauh manakah usaha dan tugas ini dapat dipikul dengan jelas dan  berkesan? Kerana terdapat dua perspektif yang berbeza mengenai pemimpin politik sukan ini iaitu yang pertama adalah mengenai pemimpin sukan yang betul-betul menjiwai arena sukan di tanah air dan yang kedua adalah pemimpin sukan yang hanya melaksanakan tugasan hariannya sekadar untuk mencari makan. 

Di-sini, saya ingin bertanya kepada peminat sukan sekalian mengenai pemimpin politik sukan ini, sejauh manakah anda mengenali pemimpin-pemimpin sukan di tempat anda tidak kira samada di peringkat negeri (Majlis Sukan Negeri) mahupun di peringkat kebangsaan (Majlis Sukan Negara / Kementerian Belia dan Sukan) yang benar-benar mempunyai jiwa dalam bidang sukan dan berkhidmat demi kemajuan sukan masing-masing. Fenomena yang berlaku pada masa kini boleh dianggap ramai dikalangan pemimpin atau pengarah sukan di negara ini melaksanakan tanggungjawab dengan hanya memenuhi bidang kerjaya masing-masing dan membuat perancangan dan penilaian sukan adalah berdasarkan memenuhi diskripsi tugas yang derencanakan. Semua orang boleh melaksanakan tugas sebagai pemimpin sukan, tapi pernahkah mereka terfikir sejauh manakah mereka memahami berkaitan dengan tugas yang disandang? Ini tidak mustahil sekiranya pengalaman dan kecekapan pengurusan dalam sesebuah organisasi sukan yang agak lemah dan hanya mementingkan jawatan masing-masing secara tidak langsung akan memberi impak yang negatif kepada perkembangan dan kemajuan sukan di negara kita.

Dato' Seri Ahmad Bin Said
Secara am-nya, apa yang diperlukan dalam usaha ini martabat sukan di negara kita perlu mempunyai seoarang pemimpin yang betul-betul dapat menjiwai sukan itu sendiri dan menyelami dengan penuh rasa berdedikasi dan serta mampu menyumbang tenaga dan masa individu tersebut melalui hubungan dua hala iaitu diantara atlit dan jurulatih atau pengurusan sukan dalam sesebuah persatuan sukan. Sebagai contoh terdekat yang boleh saya perkatakan di sini antara pemimpin yang betul-betul menjiwai minat dalam bidang sukan adalah Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Bin Said. Beliau merupakan Menteri dan pemimpin poltik yang mempunyai kewibawaan beliau tersendiri dalam merencanakan program dan aktiviti sukan sehingga mencapai kemajuan yang boleh dibanggakan dan patut dijadikan contoh oleh kesemua pemimpin politik sukan di kesemua negeri sekiranya ingin membawa perubahan dalam arena sukan di negeri masing-masing. Maka tidak mustahillah beliau mampu membawa Kontingen Sukma Terengganu pada 2008 dan 2010 memperolehi juara keseluruhan pada temasya sukan Malaysia dua tahun berturut-turut dan bukan itu saja atas usaha beliau yang prihatin dalam bidang sukan juga telah melahirkan ramai jaguh-jaguh anak tempatan terutamnya dalam acara berbasikal, perahu layar dan yang paling memberansangkan adalah membentuk dan memimpin pasukan bola sepak Terengganu sehingga disegani dan digeruni oelh pihak lawan. Perkara ini adalah amat jelas dan kita boleh membezakan pemimpin tersebut mempunyai jiwa dan semangat kesukanan yang memang telah tertanam di dalam diri beliau dan berani saya katakan di sini seandainya di beri peluang adalah amat bersesuaian jika beliau mampu menjadi Menteri Belia dan Sukan atau mengisi tempat di sebagai pengarah Majlis Sukan Negara. 

Demi kemajuan sukan di negara kita, apa yang diperlukan adalah pemimpin sukan yang dapat menjiwai serta memahami peranan dan sedia berkorban demi masa dan wang ringgit dengan tujuan untuk menyalurkan usaha seseorang tersebut dengan satu arah dan satu tumpuan satu matlamat dan satu objektif iaitu melahirkan atlit bertaraf antarabangsa. Bukannya pemimpin sukan yang hanya mempunyai agendanya tersendiri serta sibuk dengan pelbagai tugasan luar sehingga boleh mengabaikan kualiti pengurusan sukan di negara kita. Apa yang dirancang adalah lebih baik daripada apa usaha yang ingin kita lakukan untuk masa hadapan. Dulu ungkapan ini "Majulah Sukan untuk Negara" adalah tidak sesuai dalam konteks sukan di negara kita, apa yang penting sebelum sesebuah negara hendak mencapai kemajuan dalam bidang sukan terutamnya sasaran pingat emas olimpik pertama adalah lebih baik dengan menggunakan ungkapan ini, "Hindari Politik dalam Sukan, Tingkatkan Pretasi Pengurusan, Atlit Berjaya dan Rakyat Gembira" pingat emas olimpik pertama pasti dalam genggamman.

Thursday 26 January 2012

Ketua Jurulatih Olahraga Negara Angkat Kaki

Harun Rashed
Krisis yang melanda dalam KOM terus melanda apabila dikhabarkan ketua jurulatih olahraga negara bakal meletak jawatan untuk meneruskan tugasnya pada tahun ini menurut akhbar tempatan. Beliau yang dimaksudkan ialah Harun Rashed dan telah melaksanakan tugas beliau sebagai ketua jurulatih negara selama tiga tahun dari tahun 2008 - 2011. Sebelum Harun Rashed, Hanapiah Nasir pernah mengalas tugas sebagai ketua jurulatih juga, namun meletak jawatan selepas tamatnya sukan Sea Korat pada tahun 2007.

Namun, apa yang ngin saya tekankkan disini mengapa perkara sebegini boleh berlaku? Sedangkan pembangunan olahraga kita masih lagi berada pada tahap yang begitu kritikal. Sekiranya betul Harun Rashed akan melatak jawatan sebagai ketua jurulatih olahraga negara, siapakah bakal pengantinya yang sanggup mengalas tugas yang berat dalam KOM. Ini sudah tentu akan memberi tamparan yang hebat bagi mereka yang hendak menjadi ketua jurulatih negara kerana yang pasti mereka tidak akan duduk diam dengan kritikan dan tekanan daripada pelbagai pihak.

Bagi saya, sekiranya ingin menjadi ketua jurulatih yang bijak, kita hendaklah mempunyai pendirian kita sendiri berlandaskan apa yang ingin kita lakukan berdasarkan falsafah diri masing-masing dan yang pasti bukanya tunduk dibawah arahan atau telunjuk pihak pengurusan KOM. Saya percaya sepanjang Harun Rashed memikul tugas beliau sebagai ketua jurulatih olahraga negara beliau telah melaksankan tugas dan tanggungjawab beliau dengan baik walaupun terdapat segelintir dikalangan jurulatih tempatan yang tidak senang duduk sepanjang beliau memikul tanggungjawab tersebut. Sebagai jurulatih beliau juga banyak berkorban masa dan tenaga untuk membawa atlit-atlitnya berlatih ke luar negara namun, dengan hasil usaha beliau tersebut telah ramai yang memandang sinis dengan apa yang dilakukan sedangangkan untuk kebaikan atlit itu sendiri juga.

Jadi, persoalannya disini adakah Harun Rashed meletak jawatan akibat tekanan yang dihadapi oleh beliau daripada pelbagai pihak atau prestasi anak didikan beliau pada temasya Sukan Sea di Indonesia lepas kurang memberangsangkan? Tapi yang pasti, diharapkan beliau dapat memikirkan keputusan beliau sebaik-baiknya sebelum meletak jawatan kerana itu bukan jalan penyelesaiannya.

Saturday 7 January 2012

Rajasegram Ingin Menunjuk Kuasa Veto-nya?

S. Rajasegram 
Siapa Rajasegram yang sebenarnya, adakah dia Raja di dalam KOM menunjuk kuasanya untuk menghalang hasrat Datuk Danyal untuk bertanding dalam jawatan Presiden KOM bagi mencabar Datuk Shahidan Kassim? Rajasegram sepatutnya harus mencerminkan dirinya dulu jika ingin menghalang hasrat seseorang untuk bertanding atau mencabar jawatan KOM pada mesyuarat AGM akan datang. Ini ternyata sekali Rajasegram merupakan seorang yang tidak profesional dalam arena olahraga walaupun beliau sekarang sebagai seoarang setiausaha persatuan olahraga Johor dan apa yang perlu saya tekankan disini, sebelum beliau menghalang Datuk Danyal untuk bertanding bagi mencabar jawatan presiden KOM, dia haru sedar apakah sumbangan Rajasegram terhadap pembangun sukan dan atlit di negeri Johor sehingga setakat ini saya tidak nampak apa-apa sumbangan pembangunan atlit yang dibuat oleh beliau. 

Adakah Rajasegram mempunyai agenda tersendiri untuk menghalang hasrat Datuk Danyal untuk bertanding kerana beliau ingin merebut jawatan Presiden KOM juga atau beliau seorang yang gila kuasa? Rajasegram perlu berfikir secara lebih matang lagi mengenai isu kerana bagi saya beliau adalah boneka dalam KOM dan mempunyai pemikiran yang cetek dalam pucuk pimpinan KOM, tidakah beliau sedar bahawa pertandingan untuk merebut jawatan bagi presiden KOM boleh memberi impak  yang bermakna kepada kancah olahraga di negara kita dan tidak kah beliau sedar sehingga kini pucuk pimpinan KOM tidak mampu dan gagal memberi sebarang sumbangan dan pembangunan atlit yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Bagi saya Rajasegram perlu berundur saja daripada pucuk pimpinan KOM dan juga sebagai setiausah olahraga Johor, beliau seorang yang tidak profesional dan selalu membidas atlit apabila bersuara untuk membawa perubahan dalam arena olahraga di negara kita. 

Pada pendangan saya, sekiranya Datuk Danyal mampu mencabar Datuk Shahidan Kassim pada pemilihan untuk jawatan Presiden KOM ini merupakan satu kejayaan yang besar dan sebagai langkah awal untuk mengubah haluan dan merancang strategi pembangunan sukan olahraga di negara kita. Sehingga kini, seperti yang kita lihat Shahidan Kassim bukanlah calon yang sesuai dalam pucuk pimpinan KOM. Apa yang kita inginkan adalah seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai visi dan misi tersendiri untuk membangunkan sukan olahraga serta melahirkan lebih ramai atlit mampu memberi persaingan di peringkat di antarabangsa. 

Dalam pimpinan KOM kita tidak memerlukan orang yang hanya pandai berkata-kata (Rajasegram) sedangkan perkara yang realiti mereka tidak mampu untuk melihat dengan lebih jelas dan lebih terbuka. "Minda terbuka, pemikiran jelas"...

Monday 2 January 2012

Cemerlang Di Alaf Baru 2012

Selamat datang tahun 2012 dan kini kita telah melangkah setapak ke hadapan bagi mencapai kecemerlangan, kegemilangan dan kejayaan dalam sukan di tanah air kita. Semoga tahun baru ini semua perancangan dan oebjektif sukan di tanah air kita dapat berjalan dengan lancar dan secara tidak langsung mampu mengukuhkan lagi prestasi sukan mahupun atlit negara pada tahap yang tertinggi. Bagu mereka yang tidak menunjukkan prestasi sukan atau tidak mencapai objektif pada tahun lepas (2011), inilah masanya bagi anda iaitu atlit negara untuk membuktikan apa yang boleh anda lakukan dan sumbangan anda terhada negara, ayuh buktikan pada tahun ini, perlu berusaha dengan lebih gigih, tetap sasaran dan objektif yang realistik dan mampu dicapai dan yang sebaiknya perlu berani untuk menempuhi segala cabaran pada tahun ini. Elakkan kontroversi dan politik sukan di tanah air kita, kerana politik sukan mampu menghancurkan karier atlit kita, pemimpin sukan perlu bergerak dengan lebih proaktif lagi, jangan jadi pemimpin politik, apa yang kami inginkan adalah seorang pemimpin yang berwibawa dan mampu membawa perubahan dalam persatuan sukan, bukannya menimbulkan masalah dan kesengsaraan yang merugikan persatuan sukan akhirnya tempias terkena pada atlit. Jadi pada tahun 2012 ini apakah pencapaian dan sumbangan yang mampu anda berikan.

INGAT!!! olimpik 2012 London kini semakin hampir tiba, masa dan hari terus berdetik menuju ke-arah sukan olimpik London. Sama-sama kita doakan agar pretasi sukan pada tahun ini mampu memberi prestasi yang luar biasa dan pingat emas olimpik London yang pertama pasti akan digapai tanpa ragu-ragu dan tanpa politik sukan..