Thursday 22 December 2011

Tiada alasan!!!

Jangan biarkan alasan untuk menutup kesilapan anda, kerana alasan hanya sekadar untuk melarikan diri daripada masalah yang kita timbulkan. Jangan guna alasan sekiranya anda gagal untuk melaksanakan sesuatu yang diperlukan dalam hidup anda kerana alasan itu adalah bayang-bayang dalam diri anda.  Jadi, mengapa kita terus harus mempersalahkan diri kita sendiri sedangkan kita telah melakukan yang terbaik dalam hidup kita? Mengapa orang ramai di luar sana tidak memahami segala pengorbanan yang telah diberikan oleh seseorang dengan semangat dan komitmen yang tinggi demi memperjuangkan hak mereka serta untuk meningkatkan lagi martabat sesorang demi kebaikan anda juga.  

Alasan bukan cara jalan penyelesaian yang baik untuk digunakan, yang terbaik adalah cuma buktikan keupayaan anda sebenar sehingga ketitisan peluh yang terakhir. Peluang bukannya hanya sekali, peluang itu berada di mana-mana sahaja jadi kita perlu bijak untuk mengambil peluang tersebut sebelum dirampas orang lain. Kejayaan yang dikecapi pada hari ini tak mungkin akan berterusan berada di puncak, kerana setiap pendakian gunung setinggi mana pun kita pasti akan menuruni puncak gunung tersebut. Seandainya kita gagal pada masa sekarang, tidak semestinya kita akan gagal pada hari esok, lusa dan seterusnya. Cuma orang yang gagal adalah orang yang tidak berusaha atau tidak ingin mencuba untuk bangkitan diri sendiri. Bangkitlah kesedaran jiwa, minda, dan fizikal anda supaya dapat mampu untuk berterusan bersaing dengan mereka di luar sana. Ingat, kita perlu jadi terhebat di antara yang terhebat!!!

No comments:

Post a Comment