Siapa sangka air yang tenang akan sentiasa tenang, pokok yang goyang tidak akan tumbang, dan bukit yang tinggi tidak akan rata kecuali akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri. Begitu juga scenario dalam bidang sukan yang banyak dengan cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi oleh pemimpin-pemimpin sukan dalam sesebuah persatuan kebangsaaan. Ok, apa yang kita nak zoom hari ini adalah mengenai padangan pengkritikkan sukan terkenal kita iaitu Profesor Dr Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim yang telah mencadangkan Datuk Karim untuk berundur secara terhormat daripada jawatan Timbalan Naib Presiden olahraga Malaysia dimana beliau berpendapat KOM lebih banyak menimbulkan masalah dalaman persatuan dan juga terhadap MSN. Jadi persoalannya disini kenapa ramai pihak di luar sana yang tidak senang hati dengan perancangan dan program yang diaturkan pihak KOM malah ramai yang membidas dengan memberi lemparan yang negatif terhadap imej KOM itu sendiri sedangkan secara amnya jika semua badan-badan kerajaan dan juga pengkritik-pengkritik sukan bersama bagi membantu mencari satu jalan penyelesaian yang bijak dan bukan untuk menjatuhkan persatuan sukan tersebut.
Profesor Dr Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim
Apa yang ingin saya perkatakan disini adalah bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak, cuma ingin mempertikaikan cara dan konsep dalam membentuk persatuan sukan yang boleh melahirkan atlit yang berpontensi adalah tidak bertepatan dengan membudayakan sukan di negara kita. Ya, saya setuju supaya KOM dengan segara untuk mempunyai peneraju baru, persoalannya disini siapakah yang sanggup mengganti di kerusi panas KOM tersebut, adakah Datuk Zolkples atau Tan Sri sendiri yang mahu mengganti Presiden dan Timbalan Presiden KOM bagi mewujudkan program olahraga yang lebih proaktif? Bagi pihak KOM pula, mereka perlu mendengar dan menerima pendapat daripada pihak luar untuk kebaikan memperbaiki imej KOM dan bukannya hanya sekadar orang bercakap menggunakan mulut, dengar menggunakan telingga tetapi telinga disumbatkan dengan kapas. Inilah masalah yang harus diberi perhatian sewajarnya. Banyakan persolan, kurangkan krtikan, dan tingkatkan prestasi anda...zoommm

No comments:
Post a Comment