Dasar 1 murid 1 sukan telah dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 9 Jun 2011 oleh Timbalan Perdana Menteri dan juga merangkap sebagai Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jika dilihat dengan aspek yang lebih mendalam atau kita double zoom lagi, program sebegini sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa faedah atau kesannya kepada para pelajar di sekolah. Mengapa saya bercakap begitu? ini kerana, pada peringkat awal pelajar sekolah perlu didedahkan dengan pelbagai perkembangan motor iaitu melibatkan pelbagai aspek lakuan motor yang melibatkan pergerakan badan. Jika dasar ini dipraktikkan oleh seluruh pelajar di Malaysia saya pasti dalam masa 5 tahun akan datang negara kita akan mengalami masalah untuk melahirkan bakat sukan yang lebih profesional.
Alasannya di sini kerana pada peringkat awal lah kita perlu membentuk dan melatih para pelajar terhadap unsur-unsur latihan multi-psikomotor learning iaitu mempelbagaikan pergerakan tubuh badan melaui ansur maju latihan yang dijalankan dengan menerapkan beberapa elemen atau konsep latihan yang lebih terbuka. Sebagai contoh, jika dasar 1M1S ini telah memperuntukkan pelajar tingkatan 1 perlu fokus untuk bermain bola sepak, maka apa akan terjadi setelah setahun kemudian apabila pelajar ini telah didedahkan dengan aktiviti latihan atau permainan bola sepak sahaja dan ini sudah tentu akan memberi kesan yang mendatang apabila pelajar ini akan masuk ke tingkatan 2 dan didedahkan dengan aktiviti sukan yang lain pula untuk sepanjang tahun tersebut. Konsep dasar 1M1S ini akan menyebabkan kecelaruan perkembangan fizikal pelajar untuk terus bersukan dan kesan jangka panjangnya akan menyebabkan negara kita ketandusan atlit yang profesional di peringkat antarabangsa dan mungkin boleh melupakan impian untuk mengapai pingat emas pertama di sukan Olimpik. Satu lagi, saya agak kurang pasti dengan pelancaran program sebegini kerana pada peringkat awal ia dilancarkan memanglah hangat diperkatakan, namun adakah program ini akan berterusan di sekolah-sekolah dan sejauh manakah kita dapat melihat kejayaan pelajar-pelajar sekolah untuk menjadi atlit profesional di peringkat antarabangsa, namun yang pasti kita tunggu samada 5 atau 10 tahun akan datang kesan daripada program ini nanti. Apa-apa pun kita zoommmm...

No comments:
Post a Comment