Cabaran Datuk Lee Chong Wei terkulai untuk memburu kejuaraan Badminton Siri Super Dunia akhir 2011 apabila tersungkur kepada pemain no 3 dunia Chen Long pada peringkat separuh akhir. Chen Long yang ternyata memberi persembahan terbaik dan bermain secara agresif telah membantutkan cabaran Chong Wei untuk mara ke peringkat akhir dan harapan untuk bertemu dengan seteru utamanya iaitu Lin Dan tidak kesampaian. Ini membuktikan bahawa China masih menguasai acara perseorangan badminton lelaki pada peringkat yang lebih competetif walaupun bukan sebagai status pemian no 1 dunia. Jadi persoalannya di sini, apa yang saya nak zoom adalah mengenai kemampuan Chong Wei untuk memburu pingat emas pertama pada sukan Olimpik london 2012 pada tahun hadapan. Adakah Chong Wei mampu memberi saingan yang hebat atau mungkin beliau akan bermain dalam keadaan tekanan yang tinggi sekiranya BAM, KBS, MSN dan juga peminat di tanah air mengharapkan Chong Wei mampu untuk membawa pulang sebutir pingat emas nanti sedangkan terdapat tembok besar China yang ternyata lebih kebal dan agak sukar untuk ditembusi oleh Chong Wei. Jika dilihat secara mendalam, Chen Long boleh dikatakan sinar baru yang mampu memberi harapan kepada China untuk meneruskan tradisi mereka bagi menguasai acara perseorangan badminton dan malah dengan usia yang masih muda iaitu 22 tahun masih banyak lagi masa untuk Chen Long terus menyinar. Tidak mustahillah kalau saya katakan bahawa Chen Long bakal melangkah ke peringkat akhir bagi acara perseorangan di sukan Olimpik London 2012 nanti. Bagi prestasi Lin Dan, tidak banyak yang dapat diperkatakan terhadap prestasi beliua kerana saya ibaratkan Lin Dan sebagai sebutir Bom Jangka yang meletup pada masa-masa tertentu untuk memberi kejutan nanti. Jadi, persiapan rapi dari sekarang perlu dilakukan oleh Datuk Lee Chong Wei dan jurulatih perlu merangka program latihan dengan objektif terarah kepada pingat emas sukan Olimpik London 2012 nanti dan jangan terlalu memberi tekanan dan harapan yang tinggi terhadap Chong Wei kerana ia mampu menggangu mental beliau seperti di Olimpik Beijing 2008.

No comments:
Post a Comment